Sunday, 11 October 2015

pada 10 oktober 2015,satu program ceramah motivasi bersama para pelajar kolej matrikulasi kelantan dan seorang bekas pelajar matrikulasi johor telah diadakan dengan satu tujuan yakni bagi membaik pulih semula semangat dan niat pelajar-pelajar kmkt kerana mereka semua sedang diambang dengan kemaraan peperiksaan pspm1 yang membuatkan mereka menjadi bimbang,gusar dan makin hilang semangat untuk belajar.Maka ,dengan tindakan bijak daripada pihak kolej kmkt(HEP) telah menjemput seorang siswa @ lebih dikenali sebagai abang Abdul Kadir Shah yang telah berjaya menamatkan pengajiannya di kolej matrikulasi Johor pada tahun sebelum ini serta berjaya menggenggam 4 flat di dalam tangannya.Kini,abang kadir telah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam jurusan medical atau lebih dikenali sebagai perubatan di universiti tersohor iaitu Universiti Malaya.Diceritakan,semasa abang kadir menuntut di matrikulasi, dia adalah salah seorang JPP yang berwibawa dan bijak mengatur langkah dalam membahagi masa dan keseronokan."Hidup di matrik tanpa keseronokan ibarat tiada "life",takkanlah kita nak study jerrr... nanti kalau cucu kita tanye ape pengalaman atuk kat matrik , takkanlah nak cakap study je, meluat lah bila cucu-cucu dengar"kata abang Kadir.Abang kadir merupakan kacukan india dan melayu dan sudah pastilah kacak orangnya serta hitam manis orangnya.

Abang kadir juga banyak menceritakan kisah kenakalannya semasa berada di matrik, prank orang, lambat balik daripada outing, dan yang paling best main lontar tepung dekat orang.. membuatkan kami semua ketawa bagai nak menitis air mata. Kata-kata abang kadir serba sedikit menyuntik semangat kami.Dia juga seorang yang terbuka, yang suka berkawan ,berkongsi cerita dan tidak lupa juga pandai menarik hati orang di sekeliling.Alhamdulillah abang kadir telah menang di dalam pilihan raya yang diadakan di Universiti Malaya.kami sebagai pelajar matrik sangat berbangga dengan kejayaan abang Kadir kerana mampu menonjolkan lagi lambang matrikulasi di universiti yang terkenal.

Semasa sesi pertanyaan, banyak persoalan yang telah dikemukakan kepada abang kadir, ada juga soalan yang lucu siap tulis "i love u" lagi. siapa yang tak tergelak, of course lah satu dewan dewan yang tergelak sampai dengan pensyarah sekali.Ada juga pelajar yang menanyakan bagaimana cara abang kadir membahagikan masa untuk belajar, smooth skill yang digunakan oleh abang Kadir, cara untuk hilangkan stress , conversation skill yang digunakan oleh abang kadir apabila berhadapan dengan ribuan manusia dan lain-lain lagi.Tidak lupa juga,kepada sesiapa yang ingin follow abang kadir shah, ingin mengetahui perkembangan abang kadir , bolehlah add beliau di dalam facebok dot dot dot yakni "Abdul kadir shah".

Dengan semangat yang tidak pernah pupus, abang Kadir telah berjaya bertemu dengan bekas Perdana menteri keempat kita , Tun Doktor Mahathir yakni seorang bapa pemodenan.Apabila abang kadir memaparkan gambarnya bersama Tun DR MAhathir membuatkan kami bertambah kagum dan kami dapat melihat senyuman lebar yang terpapar dimuka abang Kadir.Sememangnya apabila memasuki alam universiti pasti budak matrik akan memonopoli semua jawatan tertinggi yang ada di universiti masing-masing.Hal ini kerana pelajar matrik berbeza dengan pelajar universiti kerana semasa berada di matrikulasi, mereka telah diasuh cara untuk menjadi seorang pemimpin, berkomunikasi dan lain-lain lagi.Berbeza dengan pelajar universiti mereka tidak digalakkan untuk menjawat mana-mana jawatan yang ada di universiti tersebut terutama sekali pelajar asasi.Walaupun kami cemburu dengan mereka tetapi kami berasa puas hati dan kagum dengan melihat kejayaan para pelajar kolej matrikulasi yang mampu menuju ke menara gading serta mengalahkan pelajar asasi.Alhamdulillah, tapi ingat kepada sesiapa yang sememangnya meletakkan matrik sebagai last choice dan akhirnya terpaksa masuk matrikulasi, mungkin ada hikmah disebaliknya, mungkin kejayaan sedang menunggu anda di matrikulasi



akhir sekali ,perlu ingat bahawa matrikulasi banyak membantu kita, daripada malas kepada seorang yang rajin, daripada yang kurang bergaul menjadi seorg yang suka bergaul, pandai memimpin dan terutama sekali membantu kita menghargai masa... saya sayang kolej matrikulasi , sehati sejiwa ..... sekian , terima kasih.

No comments:

Post a Comment