Minggu kelima , 1 Julai 2015
SQUASH
Setiap praktikum akan diberi 2 jenis permainan dan kelas kami diberikan permainan squash dan golf . Permainan yang kami sendiri tidak pernah cuba dan permainan ini jarang digunakan . Namun , amat sedih bagi kami kerana kami tidak dapat merasai pengalaman bermain permainan golf kerana kurang kemudahan iaitu padang golf . Tapi itu tidak menghalang kami daripada bersukan . Kami tetap meneruskan permainan yang telah ditetapkan iaitu squash. Pertama kali memegang raket squash amat kekok dan janggal. Pada masa itu juga , pertama kali untuk kami memasuki gelanggang squash .
Setelah menunggu kedatangan pensyarah koko datang , kami cuba bermain permainan squash ini dan berjinak-jinak untuk mengenali bahagian-bahagian alat raket squash ini . Pelbagai gelagat dan karakter dapat kami lihat antara ahli praktikum kami . Tidak kurang juga kemahiran yang ditunjukkan oleh mereka . Secara tidak langsung kami dapat mengeratkan lagi hubungan kami satu praktikum seperti isi dengan kuku . Kami sudah mengganggap kami ibarat satu keluarga walaupun berbeza agama mahupun tempat asal .
Kami leka bermain sehingga waktu untuk koko hampir habis.
No comments:
Post a Comment