9 SEPTEMBER 2015
PROGRAM IAM4U
Para pelajar diberi taklimat ringkas mengenai progran sukarelawan IAM4U yang akan diadakan pada 12 september 2015 yang bertempat di Pasar Siti Khadijah , Kota Bharu Kelantan. Program ini diadakan bertujuan untuk penglibatan pelajar untuk membantu masyarakat. Seramai 40 orang pelajar telah terpilih bagi menyertai program ini. Salah seorang daripadanya merupakan pelajar daripada praktikum S1BT3. Para pelajar yang tidak terlibat dengan program tersebut dibenarkan untuk melakukan aktiviti masing-masing
Dalam taklimat ini, pelajar yang terlibat diberitahu tentang jadual program. Selain itu, pelajar juga dimaklumkan tentang peraturan- peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang program ini berlangsung. Sebanyak 5 buah institut pengajian tinggi yang terlibat dalam menjayakan program ini iaitu Politeknik Kota bharu , Universiti Sains Malaysia , Kolej Poli-Tech Mara Kota Bharu, Universiti Malaysia Kelantan dan Kolej Matrikulasi Kelantan.
Setiap IPT ditugaskan di kawasan yang berbeza bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Antara tugas yang diberikan ialah mengutip sampah, mencuci longkang dan sebagainya. Tepat jam 2 petang, semua tugas telah diselesaikan dengan baik. Alhamdulillah, program berlangsung dengan lancar.
No comments:
Post a Comment