Wednesday, 7 October 2015

Minggu ke-6

Tarikh : 8 Julai 2015

Pada 8 Julai, pensyarah praktikum kami iaitu Encik Zulkifli, memberi tunjuk ajar mengenai permainan squash. Kami diberi peluang untuk belajar dengan lebih mendalam tentang permainan antarabangsa ini. Walaupun pada mulanya kami agak kekok dengan permainan ini, Encik Zul tekun dan sabar mengajar kami sehingga akhirnya kami boleh memahami selok-belok permainan ini.
Kami juga diberi peluang untuk mencuba permainan ini oleh beliau agar kami dapat merasai keseronokan bermain permainan squash.

Encik Zulkifli juga ada berkongsi pengetahuan mengenai sejarah dan kejayaan sukan squash di negara kita. Antara kejayaan sukan squash negara yang membanggakan adalah adalah pencapaian Datuk Nicol Ann David, iaitu pemain squash dari Malaysia yang berjaya membawa nama negara ke persada dunia. Itu antara pengetahuan yang Encik Zul kongsikan bersama kami sepanjang kelas koko kami pada hari tersebut.





Kami sedang mendengar penerangan dari Encik Zul mengenai squash.











No comments:

Post a Comment