19 Ogos 2015, Minggu kesepuluh
Pencapaian KAKOM
Minggu ni merupakan minggu yang menggembirakan pihak kolej termasuklah pensyarah , kakitangan dan pelajar matrikulasi . Hal ini demikian kerana pasukan atlet Kolej Matrikulasi Kelantan telah membawa kejayaan dan mengharumkan lagi nama kolej ini setelah bertanding acara sukan permainan di Kolej Matrikulasi Pahang(KMP) pada minggu lepas .
Kami tidak melepaskan peluang untuk mendengar cerita dan pengalaman sepanjang mereka berada di sana samada detik kegembiraan mahupun kekecewaan . Antara intipati yang disampaikan oleh pensyarah yang terlibat dengan acara KAKOM termasuklah pencapaian yang dikecapi oleh atlet kami sendiri .
Walaupun atlet kami tidak dapat membolot semua kategori acara , tapi kami bersyukur kerana atlet dan pensyarah kami dapat pulang semula ke Kolej Matrikulasi Kelantan(KMKt) dengan selamat.
Pasukan Bola Sepak Kolej Matrikulasi Kelantan kami telah mendapat juara dalam acara Bola Sepak antara Matrikulasi . Kekuatan pasukan bola sepak kami setanding pasukan bola sepak negeri iaitu The Red Warrior . Selain itu, tidak ketinggalan juga pasukan tenis wanita kolej kami turut memenangi permainan Tenis kategori wanita. Kami juga diberitahu bahawa dalam permainan badminton kategori lelaki , pasukan kami mendapat tempat kedua atau naib juara dalam permainan tersebut.
Walaupun atlet kami kecundang dalam beberapa sukan permainan , namun itu tidak sesekali mematahkan semangat dan usaha kami untuk lebih berjaya pada masa akan datang. Bahkan , atlet kami akan cuba dan cuba tanpa mengenal erti penat lelah .
No comments:
Post a Comment