Sunday, 11 October 2015

pada 10 oktober 2015,satu program ceramah motivasi bersama para pelajar kolej matrikulasi kelantan dan seorang bekas pelajar matrikulasi johor telah diadakan dengan satu tujuan yakni bagi membaik pulih semula semangat dan niat pelajar-pelajar kmkt kerana mereka semua sedang diambang dengan kemaraan peperiksaan pspm1 yang membuatkan mereka menjadi bimbang,gusar dan makin hilang semangat untuk belajar.Maka ,dengan tindakan bijak daripada pihak kolej kmkt(HEP) telah menjemput seorang siswa @ lebih dikenali sebagai abang Abdul Kadir Shah yang telah berjaya menamatkan pengajiannya di kolej matrikulasi Johor pada tahun sebelum ini serta berjaya menggenggam 4 flat di dalam tangannya.Kini,abang kadir telah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam jurusan medical atau lebih dikenali sebagai perubatan di universiti tersohor iaitu Universiti Malaya.Diceritakan,semasa abang kadir menuntut di matrikulasi, dia adalah salah seorang JPP yang berwibawa dan bijak mengatur langkah dalam membahagi masa dan keseronokan."Hidup di matrik tanpa keseronokan ibarat tiada "life",takkanlah kita nak study jerrr... nanti kalau cucu kita tanye ape pengalaman atuk kat matrik , takkanlah nak cakap study je, meluat lah bila cucu-cucu dengar"kata abang Kadir.Abang kadir merupakan kacukan india dan melayu dan sudah pastilah kacak orangnya serta hitam manis orangnya.

Abang kadir juga banyak menceritakan kisah kenakalannya semasa berada di matrik, prank orang, lambat balik daripada outing, dan yang paling best main lontar tepung dekat orang.. membuatkan kami semua ketawa bagai nak menitis air mata. Kata-kata abang kadir serba sedikit menyuntik semangat kami.Dia juga seorang yang terbuka, yang suka berkawan ,berkongsi cerita dan tidak lupa juga pandai menarik hati orang di sekeliling.Alhamdulillah abang kadir telah menang di dalam pilihan raya yang diadakan di Universiti Malaya.kami sebagai pelajar matrik sangat berbangga dengan kejayaan abang Kadir kerana mampu menonjolkan lagi lambang matrikulasi di universiti yang terkenal.

Semasa sesi pertanyaan, banyak persoalan yang telah dikemukakan kepada abang kadir, ada juga soalan yang lucu siap tulis "i love u" lagi. siapa yang tak tergelak, of course lah satu dewan dewan yang tergelak sampai dengan pensyarah sekali.Ada juga pelajar yang menanyakan bagaimana cara abang kadir membahagikan masa untuk belajar, smooth skill yang digunakan oleh abang Kadir, cara untuk hilangkan stress , conversation skill yang digunakan oleh abang kadir apabila berhadapan dengan ribuan manusia dan lain-lain lagi.Tidak lupa juga,kepada sesiapa yang ingin follow abang kadir shah, ingin mengetahui perkembangan abang kadir , bolehlah add beliau di dalam facebok dot dot dot yakni "Abdul kadir shah".

Dengan semangat yang tidak pernah pupus, abang Kadir telah berjaya bertemu dengan bekas Perdana menteri keempat kita , Tun Doktor Mahathir yakni seorang bapa pemodenan.Apabila abang kadir memaparkan gambarnya bersama Tun DR MAhathir membuatkan kami bertambah kagum dan kami dapat melihat senyuman lebar yang terpapar dimuka abang Kadir.Sememangnya apabila memasuki alam universiti pasti budak matrik akan memonopoli semua jawatan tertinggi yang ada di universiti masing-masing.Hal ini kerana pelajar matrik berbeza dengan pelajar universiti kerana semasa berada di matrikulasi, mereka telah diasuh cara untuk menjadi seorang pemimpin, berkomunikasi dan lain-lain lagi.Berbeza dengan pelajar universiti mereka tidak digalakkan untuk menjawat mana-mana jawatan yang ada di universiti tersebut terutama sekali pelajar asasi.Walaupun kami cemburu dengan mereka tetapi kami berasa puas hati dan kagum dengan melihat kejayaan para pelajar kolej matrikulasi yang mampu menuju ke menara gading serta mengalahkan pelajar asasi.Alhamdulillah, tapi ingat kepada sesiapa yang sememangnya meletakkan matrik sebagai last choice dan akhirnya terpaksa masuk matrikulasi, mungkin ada hikmah disebaliknya, mungkin kejayaan sedang menunggu anda di matrikulasi



akhir sekali ,perlu ingat bahawa matrikulasi banyak membantu kita, daripada malas kepada seorang yang rajin, daripada yang kurang bergaul menjadi seorg yang suka bergaul, pandai memimpin dan terutama sekali membantu kita menghargai masa... saya sayang kolej matrikulasi , sehati sejiwa ..... sekian , terima kasih.

Thursday, 8 October 2015

CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM S1BT3

PENGERUSI

MUHAMMAD ARIFF SYAFIEE BIN ABDUL AZIZ

NAIB PENGERUSI

HARISHANKARI A/P GOVINDAN

SETIAUSAHA

NUR ASYIKIN BINTI WAHAB

NAIB SETIAUSAHA

IZZATI BINTI MOHAMAD

BENDAHARI

TAN SHIN YEE

NAIB BENDAHARI

NORFATIN ADILA BINTI MOHD SHAYUTI

BIRO KESELAMATAN

NADIA FARHANA BINTI MAZLAN
MUHAMMAD AFIF AFLAH BIN MOHD YUSRI











       BIRO DISIPLIN

INTAN MUNIRAH BINTI MOHD SAIFUL SEGAR
 AHMAD AISAR ADLY BIN HARIZAN














BIRO AKADEMIK
AHMAD THALHAH BIN MAZALAN
ANIS FAQIHAH BINTI  SHAIFULL NAZRE













BIRO LAPORAN

NUR AIMIN RAFIEKA BINTI MUHAMAD AZAHAR
ISMALINA AIZA BINTI MAD GHAZANI




MINGGU KE -14

TARIKH : 30 SEPTEMBER 2015

BRIEFEING PROGRAM MASAKAN RIMBA.

Para pensyarah memberi taklimat ringkas mengenai program masakan rimba yang akan diadakan pada minggu seterusnya. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yan mana hanya boleh dianggotai oleh 6-7 orang ahli sahaja.

Kami diberitahu mengenai syarat-syarat dan peraturan-peraturan program ini. Kami juga diberi peluang untuk membuat perbincangan bersama ahli kumpulan untuk membuat persediaan rapi selain diberi masa seminggu untuk mencari bahan-bahan yang perlu digunakan ketika program tersebut berlangsung seperti buluh, beras, ikan, tepung dan lain-lain.

Para pelajar juga diberi kebenaran oleh pensyarah untuk mencari kayu api di kawasan kolej melainkan kawasan larangan.



Proses mencari kayu api....



It's time for selfie!!!!!
 

MINGGU KE-15

TARIKH : 7 OKTOBER 2015


LAST HOUR!!!

Kelas kokurikulum pada kali ini merupakan kelas terakhir pada semester 1...

Oleh itu, semua pensyarah kokurikulum memberi kata-kata penghargaan kepada semua pelajar seperti kata-kata semangat, suntikan motivasi dan juga sokongan terutama bagi menghadapi Penilaian Semester Program Matrikulasi ( PSPM1 ).

Bagi kami, kata-kata mereka amat bererti kepada kami semua memandangkan kami berjauhan dengan keluarga tersayang... Untuk kami, walaupun kelas kokurikulum telah berakhir tetapi jasa-jasa para pensyarah yang sentiasa memberi kami tunjuk ajar sepanjang kelas akan selalu kami kenang...





9 SEPTEMBER 2015

PROGRAM IAM4U

Para pelajar diberi taklimat ringkas mengenai progran sukarelawan IAM4U yang akan diadakan pada 12 september 2015 yang bertempat di Pasar Siti Khadijah , Kota Bharu Kelantan. Program ini diadakan bertujuan untuk penglibatan pelajar untuk membantu masyarakat. Seramai 40 orang pelajar telah terpilih bagi menyertai program ini. Salah seorang daripadanya merupakan pelajar daripada praktikum S1BT3. Para pelajar yang tidak terlibat dengan program tersebut dibenarkan untuk melakukan aktiviti masing-masing

Dalam taklimat ini, pelajar yang terlibat diberitahu tentang jadual program. Selain itu, pelajar juga dimaklumkan tentang peraturan- peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang program ini berlangsung. Sebanyak 5 buah institut pengajian tinggi yang terlibat dalam menjayakan program ini iaitu Politeknik Kota bharu , Universiti Sains Malaysia , Kolej Poli-Tech Mara Kota Bharu, Universiti Malaysia Kelantan dan Kolej Matrikulasi Kelantan.

Setiap IPT ditugaskan di kawasan yang berbeza bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Antara tugas yang diberikan ialah mengutip sampah, mencuci longkang dan sebagainya. Tepat jam 2 petang, semua tugas telah diselesaikan dengan baik. Alhamdulillah, program berlangsung dengan lancar.




CPR TIME

Page of the day...23/09/2015-(12th week)


                                          
                              LET'S SAVE OTHERSSS................


           Very useful day of koku for S1B kuliah ....yeah we were learned about the CPR (CARDIOPULMONARY).....the technique usually applies to a accident victim.One of as volunteered to help our koku lecturer Sir.Kiru to show the demo.As we were grabbed all the knowledge,we were also tried to apply them toward our friends... so...what else..the end..







19 Ogos 2015, Minggu kesepuluh


Pencapaian KAKOM 

Minggu ni merupakan minggu yang menggembirakan pihak kolej termasuklah pensyarah , kakitangan dan pelajar matrikulasi . Hal ini demikian kerana pasukan atlet Kolej Matrikulasi Kelantan telah membawa kejayaan dan mengharumkan lagi nama kolej ini setelah bertanding acara sukan permainan di Kolej Matrikulasi Pahang(KMP) pada minggu lepas .

Kami tidak melepaskan peluang untuk mendengar cerita dan pengalaman sepanjang mereka berada di sana samada detik kegembiraan mahupun kekecewaan . Antara intipati yang disampaikan oleh pensyarah yang terlibat dengan acara KAKOM termasuklah pencapaian yang dikecapi oleh atlet kami sendiri . 

Walaupun atlet kami tidak dapat membolot semua kategori acara , tapi kami bersyukur kerana atlet dan pensyarah kami dapat pulang semula ke Kolej Matrikulasi Kelantan(KMKt) dengan selamat.

Pasukan Bola Sepak Kolej Matrikulasi Kelantan kami telah mendapat juara dalam acara Bola Sepak antara Matrikulasi . Kekuatan pasukan bola sepak kami setanding pasukan bola sepak negeri iaitu The Red Warrior . Selain itu, tidak ketinggalan juga pasukan tenis wanita kolej kami turut memenangi permainan Tenis kategori wanita. Kami juga diberitahu bahawa dalam permainan badminton kategori lelaki , pasukan kami mendapat tempat kedua atau naib juara dalam permainan tersebut.

Walaupun atlet kami kecundang dalam beberapa sukan permainan , namun itu tidak sesekali mematahkan semangat dan usaha kami untuk lebih berjaya pada masa akan datang. Bahkan , atlet kami akan cuba dan cuba tanpa mengenal erti penat lelah .